Thursday 16 November 2017

Entri 44 saya

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Karya: Noraziah Othman

16/11/2017

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang memberi kekuatan pada saya menyudahkan kelas penulisan blog ini. Setelah beberapa lama blog ini kesunyian akhirnya saya dapat menamatkan kelas saya. Walaupun bukan seperti yang saya harapkan. Terima kasih dan mohon maaf kepada cikgu Masayu yang begitu sabar melayan kerenah saya.

Pada mulanya memang agak payah untuk mendisiplinkan diri untuk menulis catatan di dalam buku nota dan kemudian menaipkan ke dalam blog. Beberapa kali saya kebuntuan topik. Beberapa kali saya ketinggalan keretapi. Melihat rakan-rakan yang terus maju dan laju membuatkan saya tertekan. Apatah lagi dengan pesanan bedak sejuk yang masih banyak perlu dilunaskan. Saya betul-betul hilang fokus.

Untuk menulis secara konsisten bukanlah satu kerja yang mudah buat saya. Walaupun sebelum ini saya pernah menulis sebuah novel tetapi ia mengambil masa yang agak panjang untuk menyiapkannya sebab ketiadaan fokus. Dulu saya hanya menulis nota-nota kecil dan simpan. Saya tidak menetapkan masa untuk menyudahkan kerja saya. Kelas tutorial yang memerlukan komitmen sebanyak 44 entri selama 20 hari amat menyeksakan. Saya perlu banyak idea. Saya ingin menjadikan blog ini niche bagi penulisan tetapi saya gagal. Barulah saya tahu yang saya masih kekurangan pengetahuan dalam bidang yang saya minat ini. Saya mula meninggalkan kelas untuk mencari sumber bagi penulisan saya. Saya sedar saya hanya menyiapkan blog ini agar dapat menghabiskan entri. Namun saya akan cuba menukar blog ini kepada blog yang saya idamkan.

Kelas tutorial blog ini banyak mengajar saya mengenal diri. Saya punya banyak kelemahan dalam disiplin. Belajar untuk mencuri sedikit masa untuk menulis. Walaupun saya tidak menulis di sini, saya cuba menulis di facebook agar tidak hilang rentak. Terima kasih sekali lagi kepada cikgu yang banyak menunjuk ajar melalui penulisan cikgu. 

Tuesday 14 November 2017

Bedak sejukku di nona

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman
Video : Peribadi

14/11/17



Ahad 12 haribulan November mencatatkan sejarah terindah dalam diari Nuralya Enterprise. Pada pukul 2 petang siaran Nona menayangkan slot bedak sejuk kami. Alhamdulillah.

Nampak saja berwajah tenang namun di dalam hati hanya Allah yang tahu. Sentiasa berdoa agar jangan tersasul bila bercerita. Jangan tergagap sebab memang selalu terjadi bila hati gabra. Alhamdulillah Allah berikan ketenangan setelah diberi tunjukajar oleh Puan Linda. Terima kasih kerana memahami akak yang tidak pernah berdepan dengan kamera. Malu sebenarnya...

Sebaik sahaja Nona tamat, telefon bimbit tidak berhenti-henti menerima ucapan tahniah dari sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan. Syukur ya Allah mengurniakan sahabat-sahabat yang berfikiran positif. Ada juga terselit permintaan untuk membeli bedak sejuk...

Ya Allah, terima kasih atas pemberianMu ini...

Rakaman nona


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman
Foto : Peribadi
14/11/2017


Tarikh keramat 28 haribulan Oktober 2017 akhirnya masa yang ditunggu-tunggu pun tiba.
Alhamdulillah sungguh tidak pernah terlintas dalam hati akan dilamar oleh stesyen tv. Mula-mula dihubungi oleh wakil tv3 Puan Linda, hati masih tertanya-tanya. Betulkah ini?
Tidak sangka segala usaha dan doa kami untuk dikenali oleh pihak luar dimakbulkan Allah. Setelah berusaha selama 10 tahun dalam industri bedak sejuk ini kami diberi peluang untuk lebih dikenali melalui kaca televisyen.
Gambar di atas merupakan hari rakaman untuk slot rancangan nona. Puan Linda minta melakukan rakaman di luar saja.
Hati memang tengah berdebar-debar. Apatah lagi Puan Linda ingin menemuramah dahulu. Disuruh menceritakan serba sedikit tentang jenis-jenis bedak yang kami usahakan. Juga secara ringkas menerangkan cara penyediaan bedak sejuk.
Dalam hati tidak berhenti berselawat agar semuanya berjalan dengan lancar.
Syukur alhamdulillah. Itu saja yang dapat diucapkan buat selamanya. Terima kasih Allah.

Tuesday 30 May 2017

Tanggungjawab penjaga kucing

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman
Foto : Peribadi

31.5.2017

Kucing merupakan binatang kesayangan Nabi Muhammad saw. Kucing juga seekor binatang yang manja dan bersih.



Kucing yang sihat adalah kucing yang diberi makan dengan teratur, mengambil imunisasi, jadual makan ubat, temu janji doktor, mandi kucing, menyikat bulu, melatih kucing untuk membuang di tempat yang disediakan dan sebagainya. Ketenteram jiran juga harus dititikberatkan. Hak jiran tetangga perlu kita hormati, mungkin jiran ada alahan dengan kucing atau kurang selesa dengan bau najis kucing.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud:

Demi Allah, tidak beriman!
Demi Allah, tidak beriman!
Demi Allah, tidak beriman!

Apabila ditanya siapakah yang Baginda SAW maksudkan. Baginda menjawab seseorang yang jirannya berasa tidak aman dan tenang disebabkan perangai jahatlnya.(HR Al-Bukhari & HR Muslim)

Tips:
Gunakan arang untuk menghilangkan bau najis kucing. Caranya ialah letakkan sebekas arang di sebelah tandas kucing kita. Arang memiliki fungsi penyerapan yang sangat luar biasa iaitu dapat menyerap pelbagai jenis kuman dan juga bakteria yg menyebabkan bau busuk di udara.

Sekiranya kucing sakit, sediakan sebotol minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara mempunyai banyak fungsi seperti melancarkan sistem pencernaan dan juga mampu bertindak sebagai antibakteria kpd kucing. Minyak kelapa dara juga mampu untuk meningkatkan selera makan dan antibodi kucing. Anda boleh campurkan minyak kelapa dara ke dalam makanan kucing atau suapkan terus ke dalam mulut kucing.

Cuti sekolah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman
Foto: Peribadi

31.5.2017

Dua minggu cuti sekolah. Apa yang boleh diisi untuk anak-anak? Cuti dalam bulan puasa pula tahun ini.

Kebetulan anak perlu mengisi buku nilam. Seperti disorongkan bantal, pujuk encik suami bawakan anak ke perpustakaan. Sebenarnya sudah lama kami tidak meminjam buku. 2015 dahulu pernah jadi ahli. Pasti sudah tamat tempohnya. Sampai perpustakaan nanti kita daftar semula ya. Anak senyum melebar.


Daftar untuk dua orang. Dewasa dikenakan bayaran sebanyak rm10 dan kanak-kanak rm5. Mungkin ini bayaran pendaftaran semula.

Seorang boleh meminjam sebanyak 5 buah buku. Tetapi anak sapu 10 buah buku. Tidak mengapalah anak juga yang minta ke sana...

Monday 29 May 2017

7 tips untuk memulakan perniagaan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks : Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman

28.5.2017

Sekarang ini ramai yang mempunyai lebih dari satu jenis pekerjaan. Sekiranya ditanya pasti jawapan 'budjet selalu tak cukup', 'kos sara hidup dah tinggi', 'nak simpan sikit untuk hari tua', klise saja bunyinya, tapi itulah kebenaran yang tidak dapat disangkal.

Masing-masing ingin memiliki wang sebanyak mungkin demi masa depan keluarga. Yang sudah berjaya mengumpul harta Alhamdulillah. Bagi yang baharu hendak membina kewangan dan keluarga di sini ada tips untuk memulakan perniagaan.

Seseorang perlu ada satu pekerjaan tetap dan satu lagi perniagaan online. Sebenarnya biz online tak susah pun. Waktu kerja bebas dan tempat kerja pun bebas. Yang penting ada sambungan internet. Itu sahaja. Apa jenis niaga online? Kalau tiada produk sendiri jadilah agen atau dealer. Paling senang buat dropship. Tidak perlu simpan barang banyak-banyak.

1. Jangan mengambil sebarang pinjaman peribadi
- Elakkan berhutang dengan bank. Jika terpaksa juga berhutang, lebih baik meminjam daripada keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Memanglah agak payah untuk meminjam dari orang yang kita kenal tapi janjilah untuk melunaskan hutang dengan cepat.

2. Lakukan berterusan
- Walaupun ada dugaan dan halangan di tengah jalan, tetapkan dalam diri untuk lakukan kerja dengan berterusan. Tidak mengapa sedikit asalkan konsisten dan sentiasa berjalan.

3. Miliki etika kerja yang KUAT
- Pelihara kebajikan pelanggan dan pekerja. Pastikan wujudnya 'win - win situation'. Elakkan penipuan dan pelihara kualiti barangan dan perkhidmatan. Adakan perkhidmatan selepas jualan. Pelanggan akan rasa dihargai dengan perhatian yang kita berikan kepada mereka.

4. Didik diri dalam kerjaya yang dipilih
-Didik diri bagaimana untuk menjadi usahawan atau tokoh perniagaan yang dapat membina, mengukuhkan perniagaan dan menghadapi krisis dalaman dan luaran.

5. Dapatkan segala-galanya dengan cara bertulis
- Dari segi undang-undang, janji lisan juga suatu perjanjian. Jika timbul masalah perlanggaran kandungan perjanjian, maka tidak ada pembuktian secara bertulis atau hitam putih mengenainya.

6. Berhati-hati bila bekerjasama dengan sesiapa
- Cari rakan kongsi yang boleh dipercayai. Buat perjanjian berrulis dengan lengkap. Banyak syarikat mengalami kerugian kerana rakan kongsi yang tidak amanah.

7. Berseronoklah
- ' Have fun' dalam menjalankan perniagaan. Jangan lupa tunaikan kewajipan agama. Amalkan solat Dhuha, dan amalan sunnah lain.

Jangan buang masa. Cari kepastian untuk memahami apa yang ingin dicapai. FOKUS

Alhamdulillah





Sunday 28 May 2017

Usahawan online

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

29.5.2017

Memang mencemaskan kiranya internet tidak ada bagi usahawan online. Internet umpama jantung bagi sesbuah perniagaan online.

Pagi tadi hujan turun lebat setelah berhari-hari kepanasan. Alhamdulillah Allah masih sayangkan hamba-hambanya yang berada di Ipoh. Kilat sabung menyabung disertai dengan guruh. Pada akhir rakaat solat subuh letrik terputus...

Entri 44 saya

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wbt Mentor online: Masayu Ahmad Karya: Noraziah Othman 16/11/2017 Alhamdulillah syukur ke h...