Assalamualaikum
Mentor online: Masayu Ahmad
Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman
11.5.2017
Tajuk di atas memang sangat-sangat terkena di batang hidung sendiri. Melengah masa bukanlah kehendak diri sebenarnya. Dalam fikiran tugasan untuk melakukannya memang sudah di rancang. Alasan yang sering diberi: sekejap lagi; letih; malam nanti sambil nonton rancangan tv akan buat. Tetapi bila sampai waktu kerja masih belum selesai. Kemudian baru menyesal.
Apa yang dikatakan oleh Irfan Khairi memang benar belaka. Orang yang hendak berjaya tidak menunggu masa. Malah mereka boleh mengadakan masa 25 jam sehari untuk diri mereka. Macamana tu? In shaa Allah orang yang kuat bekerja akan mendapat ganjaran dari Allah swt. Bukankah bekerja itu juga satu ibadah?
Bagaimana rahsia mencapai kejayaan pada usia muda? Jawapannya adalah pengurusan masa yang bijak. Di sini ada 3 tip:
1. Menetap matlamat jangka pendek
- tulis apa yang hendak dilakukan pada hari ini... esok... minggu ini.
- aksi penulisan ini akan memasuki minda separuh sedar dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan tugasan.
2. Tuliskan matlamat kita pada malam sebelumnya
- rancangkan apa yang akan dilakukan esok di minda. Ini akan membuatkan kerja lebih mudah.
3. Fikirkan kesengsaraan atau berita buruk
- renungkan apa yang akan berlakukan sekiranya kerja kita tidak dapat dilaksanakan.
- keadaan emosi yang tertekan akan mengelak kesengsaraan. Ini menaikan motivasi untuk lebih kuat bekerja dengan lebih cekap.
It's NOW or NEVER
Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment