Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Mentor online : Masayu Ahmad
Teks : Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman
17.5.2017
Plot atau alur cerita adalah struktur rangkaian kejadian dalam cerita yang disusun sebagai urutan bahagian-bahagian dalam keseluruhan fiksyen. Plot merupakan perpaduan unsur-unsur yang membangunkan cerita sehingga menjadi kerangka utama cerita. Plot mengatur bagaimana tindakan harus berkaitan satu sama lain. Bagaimana suatu peristiwa mempunyai hubungan dengan peristiwa lain. Bagaimana watak digambarkan dan berperanan dalam peristiwa itu.
Bahagian-bahagian plot:
1. Plot permulaan
Latar belakang watak atau suasana yang wujud pada awal cerita. Kita boleh memulakan cerita sama ada dengan memperkenalkan tema, watak, latar atau konflik. Permulaan yang baik akan menarik minat pembaca untuk terus membaca.
2. Plot perkembangan
Perjalanan cerita yang semakin berkembang dan wujudnya watak-watak lain. Kita boleh gunakan pelbagai teknik penceritaan. Dengan memuatka pelbagai konflik, kejutan serta unsur-unsur suspen, pembaca tidak akan jemu membaca. Tetapi cerita yang dikembangkan mestilah masuk akal agar pembaca tidak bosan membacanya.
3. Plot konflik atau klimaks
Masalah yang dihadapi watak wujud ketika ini. Detik ketegangan bagi konflik membuatkan cerita lebih menarik. Masalah yang wujud juga semakin berjaya diselesaikan.
4. Plot peleraian
Cerita sudah sampai ke garisan penamat. Ia boleh diakhiri dengan kisah gembira atau duka. Ada juga yang membiarkan cerita tergantung dengan penuh suspens. Cara ini menuntut pembaca meramalkan apa yang bakal berlaku seterusnya.
Alhamdulillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Entri 44 saya
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wbt Mentor online: Masayu Ahmad Karya: Noraziah Othman 16/11/2017 Alhamdulillah syukur ke h...
-
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Mentor online: Masayu Ahmad Teks: Noraziah Othman Karya: Noraziah Othman 14.5.2017 A...
-
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wbt Mentor online: Masayu Ahmad Teks: Noraziah Othman Karya : Noraziah Othman 24.5.2017 ...
-
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Mentor online: Masayu Ahmad Teks: Noraziah Othman Karya: Noraziah Othman 12.5.2017 ...
No comments:
Post a Comment