Tuesday 30 May 2017

Tanggungjawab penjaga kucing

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman
Foto : Peribadi

31.5.2017

Kucing merupakan binatang kesayangan Nabi Muhammad saw. Kucing juga seekor binatang yang manja dan bersih.



Kucing yang sihat adalah kucing yang diberi makan dengan teratur, mengambil imunisasi, jadual makan ubat, temu janji doktor, mandi kucing, menyikat bulu, melatih kucing untuk membuang di tempat yang disediakan dan sebagainya. Ketenteram jiran juga harus dititikberatkan. Hak jiran tetangga perlu kita hormati, mungkin jiran ada alahan dengan kucing atau kurang selesa dengan bau najis kucing.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud:

Demi Allah, tidak beriman!
Demi Allah, tidak beriman!
Demi Allah, tidak beriman!

Apabila ditanya siapakah yang Baginda SAW maksudkan. Baginda menjawab seseorang yang jirannya berasa tidak aman dan tenang disebabkan perangai jahatlnya.(HR Al-Bukhari & HR Muslim)

Tips:
Gunakan arang untuk menghilangkan bau najis kucing. Caranya ialah letakkan sebekas arang di sebelah tandas kucing kita. Arang memiliki fungsi penyerapan yang sangat luar biasa iaitu dapat menyerap pelbagai jenis kuman dan juga bakteria yg menyebabkan bau busuk di udara.

Sekiranya kucing sakit, sediakan sebotol minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara mempunyai banyak fungsi seperti melancarkan sistem pencernaan dan juga mampu bertindak sebagai antibakteria kpd kucing. Minyak kelapa dara juga mampu untuk meningkatkan selera makan dan antibodi kucing. Anda boleh campurkan minyak kelapa dara ke dalam makanan kucing atau suapkan terus ke dalam mulut kucing.

Cuti sekolah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman
Foto: Peribadi

31.5.2017

Dua minggu cuti sekolah. Apa yang boleh diisi untuk anak-anak? Cuti dalam bulan puasa pula tahun ini.

Kebetulan anak perlu mengisi buku nilam. Seperti disorongkan bantal, pujuk encik suami bawakan anak ke perpustakaan. Sebenarnya sudah lama kami tidak meminjam buku. 2015 dahulu pernah jadi ahli. Pasti sudah tamat tempohnya. Sampai perpustakaan nanti kita daftar semula ya. Anak senyum melebar.


Daftar untuk dua orang. Dewasa dikenakan bayaran sebanyak rm10 dan kanak-kanak rm5. Mungkin ini bayaran pendaftaran semula.

Seorang boleh meminjam sebanyak 5 buah buku. Tetapi anak sapu 10 buah buku. Tidak mengapalah anak juga yang minta ke sana...

Monday 29 May 2017

7 tips untuk memulakan perniagaan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks : Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman

28.5.2017

Sekarang ini ramai yang mempunyai lebih dari satu jenis pekerjaan. Sekiranya ditanya pasti jawapan 'budjet selalu tak cukup', 'kos sara hidup dah tinggi', 'nak simpan sikit untuk hari tua', klise saja bunyinya, tapi itulah kebenaran yang tidak dapat disangkal.

Masing-masing ingin memiliki wang sebanyak mungkin demi masa depan keluarga. Yang sudah berjaya mengumpul harta Alhamdulillah. Bagi yang baharu hendak membina kewangan dan keluarga di sini ada tips untuk memulakan perniagaan.

Seseorang perlu ada satu pekerjaan tetap dan satu lagi perniagaan online. Sebenarnya biz online tak susah pun. Waktu kerja bebas dan tempat kerja pun bebas. Yang penting ada sambungan internet. Itu sahaja. Apa jenis niaga online? Kalau tiada produk sendiri jadilah agen atau dealer. Paling senang buat dropship. Tidak perlu simpan barang banyak-banyak.

1. Jangan mengambil sebarang pinjaman peribadi
- Elakkan berhutang dengan bank. Jika terpaksa juga berhutang, lebih baik meminjam daripada keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Memanglah agak payah untuk meminjam dari orang yang kita kenal tapi janjilah untuk melunaskan hutang dengan cepat.

2. Lakukan berterusan
- Walaupun ada dugaan dan halangan di tengah jalan, tetapkan dalam diri untuk lakukan kerja dengan berterusan. Tidak mengapa sedikit asalkan konsisten dan sentiasa berjalan.

3. Miliki etika kerja yang KUAT
- Pelihara kebajikan pelanggan dan pekerja. Pastikan wujudnya 'win - win situation'. Elakkan penipuan dan pelihara kualiti barangan dan perkhidmatan. Adakan perkhidmatan selepas jualan. Pelanggan akan rasa dihargai dengan perhatian yang kita berikan kepada mereka.

4. Didik diri dalam kerjaya yang dipilih
-Didik diri bagaimana untuk menjadi usahawan atau tokoh perniagaan yang dapat membina, mengukuhkan perniagaan dan menghadapi krisis dalaman dan luaran.

5. Dapatkan segala-galanya dengan cara bertulis
- Dari segi undang-undang, janji lisan juga suatu perjanjian. Jika timbul masalah perlanggaran kandungan perjanjian, maka tidak ada pembuktian secara bertulis atau hitam putih mengenainya.

6. Berhati-hati bila bekerjasama dengan sesiapa
- Cari rakan kongsi yang boleh dipercayai. Buat perjanjian berrulis dengan lengkap. Banyak syarikat mengalami kerugian kerana rakan kongsi yang tidak amanah.

7. Berseronoklah
- ' Have fun' dalam menjalankan perniagaan. Jangan lupa tunaikan kewajipan agama. Amalkan solat Dhuha, dan amalan sunnah lain.

Jangan buang masa. Cari kepastian untuk memahami apa yang ingin dicapai. FOKUS

Alhamdulillah





Sunday 28 May 2017

Usahawan online

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

29.5.2017

Memang mencemaskan kiranya internet tidak ada bagi usahawan online. Internet umpama jantung bagi sesbuah perniagaan online.

Pagi tadi hujan turun lebat setelah berhari-hari kepanasan. Alhamdulillah Allah masih sayangkan hamba-hambanya yang berada di Ipoh. Kilat sabung menyabung disertai dengan guruh. Pada akhir rakaat solat subuh letrik terputus...

Friday 26 May 2017

Coretan fakta

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online : Masayu Ahmad
Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman
Foto : Peribadi

26.5.2017

Dulu akak suka kumpul keratan akhbar. Macam-macam jenis tajuk akak akan gunting dan lekatkan dalam buku.

Pada awalnya hanya untuk pengetahuan am. Mungkin boleh digunakan dalam penulisan nanti. Anak-anak pun boleh guna bila ada kerja sekolah yang memerlukan fakta-fakta warisan, seni dan sebagainya.



Thursday 25 May 2017

7 tips simpan telur

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

25.5.2017

1. Simpan telur di tempat redup. Jangan letakkan di tempat yang kena cahaya matahari ataupun bahang dapur. Perubahan suhu semasa telur disimpan menyebabkan putih telur cair.

2. Telue yang bermutu baik mengandungi kuning telur yang pekat dengan dikelilingi putih telur yang pekat juga yang dikelilingi pula oleh putih telur yang cair.

3. Letakkan bahagian besarnya ke atas untuk memelihara mutunya.

4. Jauhkan makanan yang berbau kuat dalam peti sejuk kerana telur boleh menyerap bau makanan lain.

5. Jangan basuh telur kerana air yang meresap masuk melalui kulit memudahkan kemasukan bakteria. Basuh ketika hendak mulai menggunakan telur tersebut.

6. Keluarkan telur dari peti sejuk sekurang-kurangnya setengah jam sebelum digunakan.

7. Jika hendak merebus telur, gunakan suhu panas yang sederhana rendahnya.

6 tips pilih buah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

25.5.2017

1. Perhatikan kulit buah-buahan. Jikalau warnanya kelihatan hitam atau leban atau berlapuk, besar kemungkinan buah itu sudah mulai hendak busuk.

2. Buah-buahan bersaiz besar tidak semestinya bermutu baik dan tidak juga menjimatkan.

3. Beli buah-buahan semasa musim puncak. Harganya murah dan kita boleh dapat buah-buahan yang masih baru. Tetapi jangan beli terlampau banyak hingga berlaku pembaziran.

4. Jangan menekan atau memicit secara kasar ketika memilih buah-buahan kerana ini akan merosakannya.

5. Cari pisang yang kenyal isinya dan kulitnya bersih dan bebas dari tanda-tanda lebam. Jenis pisang yang berkulit kuning hendaklah kuning warna selurug kulitnya. Itu bererti pisang itu sudah cukup masak dan isinya lembut dan manis.

6. Buah limau nipis yang masih terlalu hijau warna kulitnya bermakna ia masih muda, tidak banyak air dan masam rasanya. Jikalau kulit kelihatan kesat dan kasar bererti kulit itu tebal dan banyak airnya.

Sumber dari Tipsroom.blogspot.xom

Wednesday 24 May 2017

Gigi oh gigi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks: Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman

24.5.2017



          Berdenyut-denyut itu tidak kuat manapun. Tapi bila hendak makan tidak berapa selesa rasanya. Akhirnya buat keputusan muktamat. Hari ini mesti pergi periksa. Mungkin berlubang mungkin rosak. Kalau boleh biarlah ditampal saja. Takut kena cabut, sakit...

          Nombor dipanggil. Doktor gigi muda lagi. Baik pula. Disuruhnya duduk agar boleh diperiksa. Hm... semua nampak okey. Cuma gigi geraham bongsu ada masalah sikit. Mungkin kena gosok lebih sikit di situ. Oh... tidak sampai gosokan rupanya. Alhamdulillah tidak perlu dicabut mahupun ditampal hari ini. Cukup setakat diberi kad temujanji.

          Selepas bulan puasa baru akan dipanggil untuk ditampal dan cuci karak yang ada.

Alhamdulillah

Tuesday 23 May 2017

Cara sambut Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

24.5.2017

● *Bila Ramadhan tiba sambutlah dengan sujud syukur...tanda terima kasih kita kepada Allah swt kerana memilih kita untuk terus beribadah di bulan yang mulia ini*

● Bila bertemu dengan ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai atau sesiapa sahaja ucapkanlah *"Ramadhan Kareem*" dan orang yang mendengar jawablah dengan ucapan *"Allahu Akram"*
Maksudnya *"Ramadhan Mulia"* dan jawapannya *" Allah lebih Mulia"*

● Sambutlah Ramadhan ini dengan *wajah yang berseri-seri* tanda kegembiraan yang tidak terhingga dan berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan selalu berbicara dengan Allah walau dalam hati.
Contohnya...Ya Allah aku berpuasa ya Allah ... terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah.

● Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dengan bersih dan cantik kerana terlalu banyak rahmat yang Allah hendak berikan di bulan yg mulia ini.

● Moga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu...hiasilah diri dengan *AMALAN* dan *TAQWA*

*Ramadhan Kareem untuk sahabat semua*

*Maaf Zahir Batin*
Dari Ustazah Norhafizah di IKIM

Cerpen - Surat 3

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks : Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman

23.5 2017

          " Sabri, duduk sini. Ayah nak cakap sikit," tegur ayah Sabri setibanya Sabri ke rumah mereka.

          " Saya penatlah ayah. Esok sajalah kita bersembang," Sabri cuba mengelak. Dia tahu apa yang ingin dibincangkan oleh ayah. Hatinya masih sakit dipermainkan oleh Sheila.

          "Aku kata duduk," tegas suara ayah. "Sudah seminggu kau di sini. Kau tak risau ke apa yang dibuat oleh isteri kau tu? Kau sebagai suami sepatutnya tunjukkan tauladan yang baik. Kau tahu tak, setiap dosa yang dilakukan oleh isteri, kau turut bertanggungjawab ke atasnya. Sebagai ketua keluarga kau patut bimbing dia. Bukan larikan diri bila ada masalah. Bincang elok-elok jangan jerkah tak tentu pasal. Dengar apa masalah dia barulah kau buat keputusan. Berdamailah nak," nasihat ayah.

          "Mak hanya nak lihat kebahagiaan kalian. Kalau selalu gaduh-gaduh macamana nak hidup bahagia. Anak itu penyambung kemesraan suami isteri. Kalau dulu tak berjaya, ikhtiar lagi. Sekarang ni macam-macam cara boleh dibuat untuk dapatkan anak. Bincang baik-baik," pujuk mak pula.

          Sabri hanya membisu. Bukan dia tidak risau meninggalkan Sheila sendirian. Kata-kata ayah dan mak memang ada benarnya.

          Sabri memandu kereta pulang ke rumahnya. Dia akan memaafkan Sheila dan mulakan hidup baru. Sabri memandang halaman rumah yang mereka beli bersama setelah beberapa minggu berkahwin. Rumah itu nampak sepi tiada penghuni. Sabri meluru ke dalam.

          "Sheila!...Sheila!..."

          Sabri meluru je bilik tidur. Semuanya tersusun rapi sekali. Dia terpandang sepucuk surat di atas meja solek. Segera dicapainya dengan debaran di hati.

          "Assalamualaikum abang Sabri yang selalu dikenang.
          Sheila mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Sheila tahu Sheila banyak lakukan dosa dan sekatang Sheila melakukan satu lagi dosa besar.
          Abang,
          Sheila tidak boleh hidup sendirian di rumah ini. Rumah ini sepi tanpa abang. Lebih lama Sheila di sini Sheila akan jadi gila. Oleh itu Sheila telah mengambil keputusan untuk keluar walaupun tanpa keizinan. Maafkan Sheila bang.
          Sayang,
          Izinkan Sheila membuat pengakuan. Memang sebelum kita berkenalan Sheila telah berkawan dengan Anwar. Tetapi percayalah pada hari Sheila bersetuju menjadi isteri abang, Sheila pasti hanya abang yang boleh memberi kebahagian pada Sheila. Sheila tahu abang sayangkan Sheila. Perasaan sayang Sheila pada abang lebih mendalam sejak mengandungkan anak kita yang pertama.
          Maafkan Sheila kerana tidak pandai menjaga bayi hingga keguguran. Sheila juga sedih kehilangan dia dan bertambah sedih dan kecewa bila kehilangan kasih sayang abang.
          Percayalah abang, hubungan Sheila dan Anwar telah berakhir bila Sheila terima ijabkabul abang. Kasih sayang yang abng berikan selama ini menguatkan lagi rasa cinta Sheila pada abang.
          Liza tidak pernah cuba menjatuhkan istana kita. Malah dialah yang selalu menasihatkan agar Sheila terus bersabar.
           Suamiku yang dicintai,
          Sheila akan terus menunggu abang di tempat pertama kali kita bertemu. Masih ingatkah abang? Sheila amat mengharapkan kedatangan abang di sana dan akan terus menunggu hingga akhir hayat.
          Semoga Allah memberkati niat Sheila.
          Wassalam...

Isterimu.

          Sabri membaca semula perenggan terakhir. Sambil tersenyum lebar dia bingkas bangun menuju ke kereta. Dia tidak sabar untuk berjumpa dengan isterinya dan membawanya pulang.

     "Kau tunggu Sheila. Abang akan datang membawa sinar baru..."

          TAMAT

Alhamdulillah
   

Cerpen Surat 2

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks: Noraziah Othman
Karya:Noraziah Othman

23.5.2017

          Perubahan layanan Sabri begitu ketara sekarang. Tidak lagi semesra seperti setahun yang lalu. Dia sudah jarang pulang awal dari pejabat. Selalu marah-marah bila Sheila lambat bawakan air minuman untuknya. Sheila cuba melayan Sabri sebaik mungkin. Dia tahu tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sentiasa menjaga hati dan perasaan suami. Tetapi segala perbuatan Sheila ada saja yang tidak kena di mata Sabri. Sheila sering berendam airmata, saiz badannya juga agak susut kerana kurang tidur.

          Sheila telah berhenti kerja sebagai pegawai kerja pemasaran di sebuah syarikat pembuatan pakaian kerana Sabri inginkan seorang isteri sepenuh masa di rumah. Bakal menjaga anak-anak sekiranya diberi oleh Allah. Liza juga sudah jarang menghubungi Sheila sejak dimarahi Sabri.

          "Hei Sheila! Apa khabar kau sekarang?"

          Sheila terperanjat disergah begitu. Wajahnya ceria tatkala melihat Liza di belakangnya sedang memegang beberapa beg plastik.

          "Liza? Lama tak dengar berita. Aku sihat. Liza... aku minta maaf atas kekasaran Sabri dulu. Tak sempat aku nak ucapkan maaf sebab Sabri dah rampas gagang telefon," cerita Sheila sambil memeluk bahu Liza dengan mesra.

          Liza hanya tersenyum. "Aku dah maafkan kamu berdua, okey. Kau sekarang nampak jauh lebih kuru. Kau sakit?"

          Sheila diam. Dia memalingkan muka.

          Liza memahami keadaan Sheila lalu tidak bertanya dengan lebih lanjut. "Mari kita ke Coffee House kat seberang jalan tu. Lama tak berborak dengan kawan baik aku ni," Liza menarik tangan Sheila yang hanya menurut langkah Liza.

          Setelah memesan minuman kegemaran masing-masing, Liza cuba mengorek rahsia hati sahabatnya itu. "Nwar dah kahwin", selamba saja Liza menyampaikan berita.

          "Liza, aku dah jadi isteri Sabri. Tak perlu lagi untuk aku tahu tentang lelaki lain. Lagipun Sabri tak pernah tahu tentang Nwar dan aku jadi lebih baik jika kisah lalu disimpan saja." Mohon Sheila penuh harapan.

          "Sabri layan kau dengan baik?"

          "Tak wajar aku bercerita tentang rumahtangga aku, Liza."

          "Aku hanya ingin mengambil berat. Aku risaukan kau, Sheila. Tapi aku hormati pendirian kau. Cuma aku mahu kau tahu yang aku sentiasa ada di sisi dan rumahku sentiasa terbuka buat kau," kata Liza dengan senyuman tawar. Dia bangun lalu meninggalkan Sheila sendirian.

          "Kemana kau pergi dari pagi sampai tengahari baru balik!" herdik Sabri sebaik sahaja kaki Sheila melangkah masuk rumah.

          Sheila terperanjat. Wajahnya pucat melihat keberangan Sabri. Keadaan bilik tamu bersepah. Sheila hanya menunduk dan membisu.

          Kebisuan Sheila menaikkan lagi kemarahan Sabri. "Hei! Aku tanya ni. Kau jangan nak tunjuk keras kepala." Kepala Sheila ditunjah.

          Sheila terinjak ke belakang. Matanya mula digenangi air. Jantungnya berdegup kencang. Dia cukup takut melihat Sabri tatkala itu.

          "Kau pergi jumpa jantan ni dibelakang aku ye!"

          Sekeping gambar dibaling mengenai muka Sheila. Pucat muka Sheila bila melihat gambar Anwar memeluk bahunya. 'Dari mana Sabri dapat gambar tu?' Fikirannya melayang ke kotak kecil di dalam almari baju.

          "Sekarang dah pandai berjumpa dengan jantan di luar ye! Kau keluar berpoya-poya tak ingat yang kau tu dah bersuami! Perempuan tak tahu malu!" Satu tamparan singgah ke pipi Sheila.

          "Abang... saya ke pasaraya saja. Kebetulan berjumpa dengan Liza. Kami berbual sebentar. Itu saja. Saya minta maaf sebab balik lewat," teresak-esak suara Sheila. Tangannya menyapu pipinya yang merah.

          "Kau jumpa Liza? Bukankah aku dah larang dari jumpa betina keparat tu? Baiklah... tapi siapa yang dalam gambar tu? Dan surat ni?" Sabri menggoyang-goyangkan sekeping surat berwarna merah jambu di hadapan muka Sheila.

          Sheila pantas mendongak. Surat Anwar berada di tangan suaminya.

          "Mengapa kau bernikah dengan aku kalau hati tak setuju? Apa yang fikirkan pasal aku? Pak sanggup kau? Patutlah sejak awal lagi kau tak mahu lahirkan zuriat aku. Mengapa kau tak kahwin saja dengan jantan ni? Kalau sekarang hati kau berbunga sebab aku dah tahu rahsia kau, biar aku beritahu ini, cita-cita kau nak bersama dengan dia tak akan tercapai. Sampai bila-bila pun aku tak akan lepaskan kau, faham!" Sabri keluar dari rumah dengan perasaan marah.

       

       

Cerpen - Surat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks : Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman

23.5.2017

          Ketukan kuat pintu bilik mengejutkan Sheila dan rakan-rakannya yang sedang sibuk membetulkan selendang putih dan mengenakan solekan sambil mengusik-usiknya. Malam ini Sheila akan diijabkabulkan dengan pemuda pilihan hatinya, Sabri.

          Pintu dikuak dan Liza, sahabat baik Sheila berdiri di depan pintu. Sheila memandangnya menerusi cermin muka di hadapan sambil tersenyum.

          "Tutuplah pintu tu, Liza. Bising sangat di luar tu. Nanti budak-budak sibuk nak masuk," arah Sarimah yang sedang mendandan Sheila.

          "Sheila, aku nak minta maaf. Siang tadi aku terlalu sibuk sampai terlupa nak sampaikan surat ni," ujar Liza dengan wajah yang murung. Dia menghulurkan sepucuk surat berwarna merah jambu.

          Berderau darah Sheila melihatkan sampul yang amat dikenalinya. Tulisan tangan di luar sampul menguatkan lagi tekaannya.

          "Boleh awak semua keluar sebentar?" bergetar suara Sheila menahan sendu.

          Mereka keluar dengan hairan melihat wajah muram Sheila kecuali Liza. Dia hanya bersandar di pintu yang baru ditutup rapat.

          Terketar-ketar Sheila membuka sampul lalu membacanya dengan pantas. Matanya mulai digenangi air. Perlahan-lahan empangan yang cuba ditahan pecah. Berderai-derai air mata membasahu pipi merahnya. Didakapnya surat itu serapat-rapat ke dada.

          Liza segera memeluk Sheila yang mulai teresak-esak. Dia melurut-lurut belakang Sheila agar bersabar. Liza menarik surat dari genggam Sheila dan membacanya dengan tenang.

          "Assalamualaikum. Menemui kembali sahabatku Sheila yang disayangi. Maafkan Nwar kerana begitu lama tidak menghantar khabar buat Sheila. Katalah apa sahaja, Nwar terima kerana Nwar tahu Nwar telah melukakan hati Sheila.
          Sebenarnya Nwar telah lama memikirkan hal persahabatan kita ini. Nwar tahu walaupun kita ingin ianya berkekalan ke akhir hayat namin pada suatu ketika nanti harapan kita tidak dapat dilaksanakan setelah salah seorang dari kita dimiliki oleh orang lain.
          Sheila,
          Nwar ingin jalinan yang kita ikatkan bersama selama 4 tahun ini terus kekal. Oleh itu, di sini ingin Nwar menyoal Sheila. Apakah Sheila sudi bersama-sama mengharungi liku-liku hidup bersama Nwar? Sudikah Sheila menghabiskan usia Sheila bersama Nwar?
          Sheila yang kucintai,
          Walaupun Nwar tidak pernah meluahkan perasaan terhadap Sheila tapi percayalah, Nwar telah jatuh hati sejak 2 tahin yang lalu. Hanya Nwar takut mencemari tali persahabatan yang Sheila hulurkan. Tapi Nwar seorang insan yang lemah tidak dapat menahan perasaan Nwar sekarang."

          Liza memandang ke arah Sheila yang telahpun mulai reda tangisannya. Surat tadi diberikan semula kepada Sheila.

          Sheila melipatkan surat dengan hati-hati. " Dia terlambat. Aku telah lama menunggu surat sebegini. Tapi Sabri mendahuluinya. Aku telah berjanji pada diriku akan menerima sesiapa yang masuk meminangku dahulu. Liza kau mungkim menganggap aku gila, tapi.... bolehkah aku... membatalkan majlis ini?"

          Liza terkejut mendengar ucapan Sheila. Barulah dia faham rupanya Sheila mencintai Anwar. Dia hanya menggeleng.

          Sheila tersenyum tawar. Dia menyimpan surat tersebut di dalam sebuah kotak yang diselitkan dibawah lipatan baju-bajunya.





       

Monday 22 May 2017

Penampilan Muslimah Remaja

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks : Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman
22.5.2017

     Bila disebut muslimah pasti kita membayangkan seorang wanita yang berjubah besar, bertudung labuh serba hitam. Pakaian yang bersesuaian dengan kehendak syarie. Namun ternyata masih ramai yang bermasalah dalam hal penampilan diri. Anggapan tidak boleh berhias akhirnya membiarkan diri kurang berjaga dalam penampilan. Sehingga ada yang mengganggu orang lain di sekeliling akibat bau badan yang kuat.

     Ada pula yang bersikap sebaliknya. Tudung sudah dikenakan namun sayangnya pewangi membuatkan dirinya menjadi tarikan perhatian orang lain. Wajah pula disolek bagaikan sedang menghadiri keraian yang besar. Muslimah begini adalah mereka yang ingin mengikut peredaran masa tetapi telah berlebihan dalam penampilan namin minima ilmu pengetahuan.

     Muslimah remaja yang berjalan di atas aturan syarie, namun tetap menjaga penampilan diri adalah sebaik-baik muslimah. Berhias secara bersederhana. Menjaga kebersihan diri agar sentiasa bersih dan terurus. Sentiasa menampilkan wajah ceria dan berseri-seri. Bukan wajah yang selalu kelihatan seperti berada dalam kesusahan atau kesempitan. Tetapi tidak pula sampai pada hiasan yang tabarruj.

     Bagaimana hendak menjaga penampilan?

1. Bergantianlah tudung setiap hari.

Jangan biasakan diri memakai tudung dengan sistem bolak-balik. Maksudnya pada hari ini memakai tudung satu sisi, esoknya memakai tudung yang sama tetapi dengan sisi yang lain. Mungkin tudung tadi sudah terkena keringat sehingga basah kemudian kering. Keringat yang kering belum tentu tidak berbau.

2. Gantilah pakaian

Seluar panjang jikalau masih kelihatan beesih mungkin boleh digunakan selama dua hari. Jangan lebih. Tetapi baju, seeloknya biarlah bertukar agar bau yang tidak menyenangkan tidak tersebar kepada orang lain. Mungkin juga boleh menyebabkan kegatalan yang tidak selesa pada badan kita.

3. Pakai anti bau badan

Gunalah pewangi anti bau badan atau minyak wangi khusus untuk wanita. Jangan lupa gunakan selepas mandi.

4. Mandi

Jangan liat mandi hingga membawa ke maghrib atau lewat malam. Perangai ini merupakan tanda-tanda betapa kita seorang yang memandang ringan tentang aspek kebersihan diri.

5. Makanan

Hindari makanan dan minuman yang merangsangkan bau badan.

Jadilah muslimah yang solehah dan indah

Alhamdulillah


Cinta remaja

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman
22.5.2017

     Apa itu cinta? Cinta adalah rasa kasih sayang yang muncul dari lubuk hati yang terdalam. Di mana kita rela berkorban tanpa mengharap imbalan apa pun dari sesiapapun kecuali balasan yang datang dan diredhai oleh Allah.

     Cinta bukanlah mengenai hal-hal yang bersifat duniawi semata. Cinta yang berasal dari hati nurani akan selalu ada. Walaupun bila salah satu pasangan tidak cantik lagi, tidak tampan lagi, tidak seksi lagi dan tidak kaya lagi.

     Beza antara cinta dan sayang. Kedua-suanya adalah berkaitan dengan perasaan dan emosi dalam kehidupan manusia. Dalam masyarakat kita misalnya membezakan cinta untuk berlainan jantina dan sayang berlaku umum kepada ibubapa, saudara, teman atau sahabat. Dari pandangan sedemikian, cinta itu mengundang unsur erotik atau ghairah, sementara rasa sayang umum tidak mengandungi erotik atau passion.

     Ada yang akan kata, "saya cinta awak kerana Allah" tetapi jika ia benar cinta kerana Allah, pasti tidak menyakitkan jika ditinggalkan. Kerana Allah tidak pernah meninggalkan kita. Cinta memang dari Allah tetapi jika cinta tidak dijaga dan dipelihara demi Allah yang Maha Suci dan Maha Kasih, akan hilang manisnya. Cibta kerana Allah akan meletakkan Allah di tempat pertama. Akan meletakkan Allah sebagai pembimbing, sebagai jalan.

     Ucaplah "Aku cinta kamu kerana Allah" dan balaslah dengan ucapan "Semoga engkau dicintai Allah yang mana menyebabkan engkau sayang padaku"

Alhamdulillah

Thursday 18 May 2017

Bowling santai

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online : Masayu Ahmad

Teks : Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman
Foto : Peribadi

18.5.2017


     Tidak pernah terlintas di fikiran akak akan menjejakkan kaki ke pusat bowling satu hari nanti. Kesempatan terjadi apabila cik suami diajak oleh JKK kampung untuk bersama-sama menyertai pertandingan bowling.
 
     Nampak macam pandai main kan? Gaya campak sudah ada bola yang dihayun terus meluncur laju. Dalan hati biarlah jatuh pin-pin dalam kurungan itu... Nak tergelak malu pun ada bila bola terus masuk ke longkang. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Begitulah jika tidak pernah bermain. Anak-anak habis ketawakan umi mereka. Tidak mengapalah memang akak tidak tahu main pun...

     Inilah keputusan kumpulan kami...



Alhamdulillah

Pemborong produk

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks : Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman

18.5.2017

     Syarikat kami, Nuralya Enterprise, sedang mencari sesiapa yang berminat untuk memulakan perniagaan dengan modal kecil. Kami memerlukan pemborong untuk membantu kami memasarkan produk bedak sejuk ke seluruh Malaysia.

     Kami berkeupayaan untuk mengeluarkan sebanyak 200 botol bedak sejuk setiap bulan. Setiap bedak mempunyai berat sebanyak 50-55 gm.

     Sesiapa yang berminat untuk menjadi agen atau membuat dropship juga dialu-alukan.

Memori Makanan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks : Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman

18.5.2017

     Bila tiba bulan ramadhan kami pasti akan mencari masjid di sekitar Pulau Pinang yang memasak bubur lambuk. Bubur lambuk buatan mamak Penang ini memang sedap.
   
     Bubur lambuk di sana ada banyak versi. Ada yang pedas dan ada yang manis. Kami lebih suka yang biasa2 saja. Tidak pedas dan tidak manis. Secukup rasa saja. Bahan-bahan yang digunakan banyak, itu yang buat bubur jadi sedap sangat. Mereka juga tidak kedekut. Kita boleh mengambil sendiri seberapa banyak yang kita perlu. Asalkan tidak membazir. Pembaziran itu amalan syaitan, betul tidak?

     Masa untuk mengambil bubur lambuk ni selalunya selepas solat asar. Usai solat ramailah yang beratur untuk mendapatkan bubur percuma ini. Paling ramai budak-budak yang sudah tersedia dengan bekas makanan masing-masing.

      Ada juga masjid yang tidak menyediakan bubur lambuk tetapi membuat bubur kacang hijau. Ini pun salah satu daripada makanan kegemaran saya ketika berbuka puasa. Setahu saya hanya ada satu masjid sahaja yang menyediakan bubur kacang hijau ini iaitu di Sungai Dua. Bubur itu pasti sedap sehingga saya masih mengingatinya... hehe.

     Bubur lambuk ini kalau masih bersisa akan dipanaskan buat makanan sahur.

Alhamdulillah

Wednesday 17 May 2017

Konflik dalam novel

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online : Masayu Ahmad

Teks : Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman

17.5.2017

     Konflik sangat penting dalam penceritaan. Kita harus merancang agar terjadinya sesuatu konflik. Konflik inilah yang akan mendorong dialog dan menggerakkan aksi. Apa yang boleh menarik dan menggugah hati dan minat pembaca adalah dengan adanya permainan konflik yang dicipta. Tujuannya untuk mengaduk-aduk perasaan pembaca.

     Konflik boleh diletakkan dimana-mana bahagian novel mengikut kemahuan kita. Konflik bukanlah acuan utama dalam novel hingga perlu ada tempat tertentu. Konflik hanya wujud agar cerita lebih menarik. Ciptakan satu watak atau keadaan yang memaksa watak utama. Sesuatu itu tidak boleh diterima dengan mudah oleh watak utama. Berikan desakan yang kiat agar dia perlu berbuat sesuatu untuk bertahan. Maka konflik dowujudkan agar qatak bertindak untuk menyelesaikannya. Watak utama perlu menghadapi halangan. Itulah ramuan agar boleh mencipta konflik. Berikan keadaan konflik luaran dan konflik batin yang membuatkan watak berada dalam dilema.

     Konflik boleh juga dimulakan dari awal cerita tetapi dibina secara perlahan-lahan. Membangunkan konflik secara bertahap membuatkan kita punya kesempatan untuk mengembangkan watak. Tingkatkan konflij dan sulitkan lagi permasalahannya. Ubahkan perasaan watak secara emosional. Tetapi bukan secara mendadak. Kerana konflik ada klimaksnya. Walau apa pun konflik yang kita bina, kta perlu tahu genre novel terlebih dahulu agar cerita kita tidak lari jauh dari tema.

Alhamdulillah


Plot dalam novel

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online : Masayu Ahmad

Teks : Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman

17.5.2017

     Plot atau alur cerita adalah struktur rangkaian kejadian dalam cerita yang disusun sebagai urutan bahagian-bahagian dalam keseluruhan fiksyen. Plot merupakan perpaduan unsur-unsur yang membangunkan cerita sehingga menjadi kerangka utama cerita. Plot mengatur bagaimana tindakan harus berkaitan satu sama lain. Bagaimana suatu peristiwa mempunyai hubungan dengan peristiwa lain. Bagaimana watak digambarkan dan berperanan dalam peristiwa itu.

     Bahagian-bahagian plot:

1. Plot permulaan
     Latar belakang watak atau suasana yang wujud pada awal cerita. Kita boleh memulakan cerita sama ada dengan memperkenalkan tema, watak, latar atau konflik. Permulaan yang baik akan menarik minat pembaca untuk terus membaca.

2. Plot perkembangan
     Perjalanan cerita yang semakin berkembang dan wujudnya watak-watak lain. Kita boleh gunakan pelbagai teknik penceritaan. Dengan memuatka  pelbagai konflik, kejutan serta unsur-unsur suspen, pembaca tidak akan jemu membaca. Tetapi cerita yang dikembangkan mestilah masuk akal agar pembaca tidak bosan membacanya.

3. Plot konflik atau klimaks
     Masalah yang dihadapi watak wujud ketika ini. Detik ketegangan bagi konflik membuatkan cerita  lebih menarik. Masalah yang wujud juga semakin berjaya diselesaikan.

4. Plot peleraian
     Cerita sudah sampai ke garisan penamat. Ia boleh diakhiri dengan kisah gembira atau duka. Ada juga yang membiarkan cerita tergantung dengan penuh suspens. Cara ini menuntut pembaca meramalkan apa yang bakal berlaku seterusnya.

Alhamdulillah

Tuesday 16 May 2017

Bicaras cinta sepi

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks : Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

16.5.2017

Sambungan bab 1

          Nurulhuda Nabilla tersentak. Dia mempercepatkan langkahnya. Di sebalik pohon kelapa tua tercegat seorang wanita muda yang memakai baju T-putih dan berkain batik sedang menabur gandum kepada ayam-ayam yang asyik mematuk di sekeliling.

          Dengan senyuman kecil bermain di tepi bibirnya, perlahan-lahan dia berjalan di belakang wanita muda itu.

           "Assalamualaikum, Uzma!” sergah Nurulhuda Nabilla sambil tertawa kecil.

          Wanita yang dipanggil Uzma itu terus melompat ke tepi, terkejut. Beberapa butir gandum terpelanting keluar dari mangkuk yang dipegangnya.

          “Astaghfirullahal’azim..... miker Nurul! Buat teman terkejut beruk!” Fathinah Uzma hampir terlepas mangkuk gandumnya kerana suara Nurulhuda Nabilla agak kuat menyergah di belakangnya.

          Nurulhuda Nabilla ketawa gelihati melihat gaya Fathinah Uzma yang masih terkejut. Dia terus memeluk Fathinah Uzma yang sedang mengurut-urut dadanya agar lebih tenang.

          Wajah Fathinah Uzma yang pucat sebentar tadi mulai kemerahan.

          “Maafkanlah Nurul, Uzma. Nurul bergurau aje tadi. Tak sangka pula yang Uzma akan terperanjat sampai macam tu sekali,” kata Nurulhuda Nabilla masih bersisa ketawanya. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman.

          “Mujo teman tak pandei melatah. Kalu idak habih miker teman silatkan. Mikerkan tahu teman ni lekeh terkejut. Ape yang miker buat kat sini? Tak ade hujan, tak ade ghibut, tup tup dah tercegat kat sini. Telefon ke sini pun idak,” ujar Fathinah Uzma. Fathinah Uzma melepaskan pelukan Nurulhuda Nabilla dengan perlahan. Matanya memandang Nurulhuda Nabilla dari atas ke bawah. Wajah Nurulhuda Nabilla yang putih bersih itu ditatapnya dengan mesra.

          "Amboi! Makin comei sepupu teman ni, yer. Udah beso panjang ghupenyer. Ater! Ngape berdighi ajer? Moh masuk, duduk-duduk, nanti teman buatkan ayor. Mane beg pakaian miker weh?” becuk sungguh mulut Fathinah Uzma berbicara.

          “Uzma ni masih tak berubah-ubah. Macam dulu jugak, mulut becuk tak boleh nak berhenti. Nurul baru je sampai tadi. Tengok pintu depan tutup rapat, itu yang jalan sampai ke belakang ni,” terang Nurulhuda Nabilla. Dia memeluk lengan Fathinah Uzma dengan mesra. Dia merasa senang dengan keramahan yang ditunjukkan oleh Fathinah Uzma walaupun mereka sudah lama tidak ketemu.

          “Moh ler masuk. Kiter minum ayor, tentu miker penat, tak ke gitu?” jemput Fathinah Uzma. Dia melemparkan gandum-gandum yang terakhir dari mangkuk.

          Mereka melangkah ke dalam dapur setelah Nurulhuda Nabilla menanggalkan kasutnya dan selipar Jepun milik Fathinah Uzma.

          Leher Nurulhuda Nabilla sengaja dipanjangkan sambil menjenguk ke dalam rumah. Kemudian matanya melilau-lilau seketika ke bahagian dapur yang besar itu. Masih seperti dulu. Hanya cat dindingnya yang dahulu berwarna kuning air telah di ganti dengan cat putih. Warna cabinet dapur juga ditukar kepada warna ungu lavender. Tampak lebih luas dan kemas.

          “Ater! Ngape terjenguk-jenguk tu? Mencari Atuk ker? Atuk tu …ade di kebun ler weh. Kalu idak pun di kandang nenguk kambing-kambingnyer. Waktu pagi-pagi gini selalunyer teman ngan Opah ajer yang ade di ghumah. Yang lain lepeh jer makan pagi teghuih pegi buat koje masing-masing. Nurul duduk ler dulu. Nanti dalam 15 minit lagi Atuk balik ler,” jelas Fathinah Uzma sambil matanya melirik ke jam dinding. Tangannya pula pantas menuang dua cawan teh dari teko yang memang sedia ada di atas meja, untuk Nurulhuda Nabilla satu dan dirinya juga.

          “Macam dah routine pulak ya. Atuk balik makan tengahari ke Uzma?” soal Nurulhuda Nabilla lagi. Kali ini dia meneguk air teh yang sudah agak suam itu dengan perasaan lega. Baru disedarinya betapa dia kehausan setelah membuat perjalanan yang agak jauh.

          “Haah, selalunyer Atuk minum ajer dulu sebelum kemane-mane. Time macam ni baru ler dia balik makan pagi. Kendian pegi balik. Nak masuk waktu Zuhur nanti baghu Atuk balik semule untuk makan tengahaghi dan solat,” terang Fathinah Uzma. Tangannya ligat menyusun beberapa ketul karipap daging yang baru digoreng ke dalam pinggan. Dia membawa pinggan tersebut ke meja makan.

           “Kalau macam tu bila Atuk balik, Nurul nak ikut Atuk ke kebun bungalah. Tentu ada banyak bunga orkid sekarang ni, kan Uzma?” cadang Nurulhuda Nabilla. Tangannya mengambil seketul karipap lalu digigitnya besar.

Bicara cinta sepi

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

16.5.2017

Bab 1

          PAPAN tanda yang berwarna putih bertulisan biru berdiri teguh di tepi jalan. Ia menunjukkan simpang ke Ladang Muslim yang terletak beberapa kilometer di hadapan. Nurulhuda Nabilla tersenyum melihat nama Atuk Muslim terpampang di papan tanda. Sebaik sahaja tiba di simpang masuk, Nurulhuda Nabilla membelok ke kanan. Jalan masuk ke kampung Atuk Muslim walaupun sudah bertar, tetapi masih berlekuk-lekuk dan kadang kala sempit. Ini semua terjadi akibat dari kehadiran lori-lori besar dan berat yang kerap lalu lalang di jalan itu.

          Kereta Kembara yang dipandunya itu bergerak perlahan-lahan menerusi lopak-lopak kecil di sepanjang jalan. Nurulhuda Nabilla memandang ke kanan dan kiri jalan kecil yang lurus itu. Masih tidak banyak perubahan yang berlaku di sini.
Rumah-rumah kayu yang dibina berada agak jauh jaraknya antara satu sama lain. Namun demikian kawasan persekitarannya dijaga dengan baik. Bersih dan kemas. Pokok-pokok bunga kertas yang membesar dan tumbuhan renik merimbun di tepi-tepi jalan. Berwarna-warni. Mengindahkan pemandangan persekitaran.

          Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain-main di laman rumah mereka. Nurulhuda Nabilla tersenyum sendirian melihat gelagat kanak-kanak itu. Teringat akan keadaan dirinya semasa berada dalam lingkungan umur sedemikian. Walaupun cuaca agak panas pagi itu, ada sekumpulan kanak-kanak yang masih sanggup bermain berkejar-kejaran sambil berlengeng. Badan mereka berkilat dipanah matahari. Larian mereka terhenti seketika melihat kenderaan asing yang lalu. Seketika kemudian mereka berlarian semula tanpa menghiraukan kenderaan tadi. Riuh rendah tawaan dan jerit pekik mereka semasa bermain.

          Sesampainya Nurulhuda Nabilla di satu simpang tiga, dia membelokkan keretanya ke kiri. Di hadapannya tersergam sebuah rumah banglo dua tingkat yang bercat kuning air. Ada pintu gerbang di situ yang tercatat nama ‘Muslim Farm”. Dia melebarkan senyumannya penuh kebanggaan. Nama ‘Muslim’ itu diambil sempena nama Atuk Muslim bin Ibrahim.
Nurulhuda Nabilla memandang di sekitar kawasan laman yang amat dirinduinya. Senyumannya semakin mekar di bibir.

          Pokok-pokok rambutan yang sedang rancak berbunga merendang di sekeliling kawasan rumah meredupkan sebahagian kawasan tepi laman rumah tersebut. Sudah hampir dua tahun dia tidak balik ke kampung. Pengajian di kampus menghalang niatnya untuk menziarahi Atuk Muslim dan Opah Halimah sekerap mungkin. Matanya meliar mencari-cari kelibat sesiapa yang berada berdekatan rumah itu. Tetapi gagal. Dia memberhentikan keretanya di tepi sepohon pokok bunga kertas yang membesar di tanah. Kakinya melangkah keluar dengan hati-hati. Pintu hadapan rumah banglo itu tertutup rapat. Begitu juga dengan tingkap-tingkapnya. Sesekali terdengar bunyi kicauan burung dan ayam berketak. Nurulhuda Nabilla membuat keputusan untuk ke bahagian belakang rumah. Dia berjalan dengan menunduk ke bawah, memerhati agar tidak terpijak najis ayam yang bersepah di sekitar kawasan rumah itu.
 “Kurr….kurr…”

Novel -latar tempat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online : Masayu Ahmad

Teks : Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman

16.5.2017

     Dalam sebuah novel latar tempat perlu ada supaya pembaca tahu di mana kejadian berlaku dan dalam zaman apa. Latar tempat boleh saja di mana di dunia ini atau di alam imaginasi kita.

     Kita tidak semestinya perlu berada di sesuatu tempat atau negara untuk menjadikan latar cerita kita. Zaman teknologi sekarang semua maklumat ada di hujung jari. Kita masih boleh memberi gambaran mengenai sesuatu tempat dengan mudah. Hanya ketika menulis, pastikan agar ia nampak hidup dan kelihatan benar-benar wujud.

     Akak belum pernah menjejakkan kaki ke Jepun. Tetapi dalam cerita Ku Pendam Memori Luka watak utama pergi atas urusan kesihatan. Akak mengambil satu tempat kerana ada gambar tertera di internet. Dari situ akak guna imaginasi yang akak pernah lihat di kaca televisyen dan gambar. Hinggakan mak saudara akak bertanya bila akak ke Jepun... haha.

     Lebih mudah untuk kita sekiranya kita sendiri pernah melihat tempat tersebut dan merasai sendiri keadaan di sana. Bagaimana kesejukan cuacanya, keramahan penduduknya. Dari situ kita tulis di buku nota agar kenangan itu tidak luput dari ingatan. Mungkin ada nama jalan yang menarik di situ. Keadaan bangunannya. Macam-macam yang boleh kita gambarkan sekiranya kita pernah berada di sana. Cubalah ye...

Alhamdulillah

Monday 15 May 2017

Novel - sudut pandang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online : Masayu Ahmad

Teks : Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman

16.5.2017

     Sudut pandang iaitu cara kita hendak menempatkan diri ketika menulis. Dari sudut yang bagaimana kita hendak menyampaikan cerita agar difahami pembaca. Melalui gaya sudut pandang juga boleh menarik minat pembaca agar terus menguliti pembacaan mereka. Ada beberapa sudut pandang yang sering dibicarakan.

1. Sudut pandang orang pertama
     Sudut ini biasanya menggunakan kata ganti 'aku' atau 'saya'. Ia seolah-olah melibatkan kita sebagai watak dalam cerita tersebut. Pembaca hanya melihat apa yang kita lihat, merasai apa yang kita rasa. Biasanya ia untuk watak utama.
     Walaubagaimana pun kita boleh menampilkan beberapa watak pertama secara bergilir-gilir. Kita boleh mulaikan bab baru dengan narator baru. Tetapi cara ini memerlukan fokus yang jitu. Jangan sampai kita sendiri keliru dan bercampu aduk perasaan ketika menukar watak.

2. Sudut pandang orang ketiga
     Biasanya menggunakan kata ganti seperti 'dia', 'ia' atau nama orang yang dijadikan sebagai titik berat cerita.

3. Sudut pandang pengamat serba tahu
     Kita bertindak seolah-olah mengetahui segala peristiwa yang dialami watak dan tingkah laku watak.

4. Sudut pandang campuran.
     Biasanya dicampurkan sudut pandang  pertama dan ketiga.

AIM 30 tahun

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks : Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman

16.5.2017

      Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merupakan satu badan amanah persendirian yang ditubuhkan pada tahun 1987. Ia diwujudkan bagi membantu peniaga-peniaga kecil dan golongan miskin yang susah untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank.

     AIM menawarkan skim pembiayaan kredit mikro kepada golongan ini untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonimi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambah pendapatan keluarga.

     Pada tahun ini genaplah usia AIM 30 tahun. Akak sebagai salah seorang sahabat AIM yang telah menerima pembiayaan ini amat berterima kasih. Pembiayaan yang ditawarkan tidak membebankan dan syarat yang dikenakan juga tidaklah merumitkan. Mereka yang ingin menjadi sahabat AIM mestilah seorang wanita. Kerana wanita amat prihatin dengan masalah hutang yang wajib dibayar dan golongan wanitalah yang banyak menjalankan bisnes kecil-kecilan dan sambilan dari rumah.

     Selain dari itu sahabat hanya perlu membuat pembiayaan semula setiap minggu mengikut jumlah yang dipersetujui. Sahabat juga perlu menghadirkan diri sehari setiap minggu bagi melihatkan kesungguhan mereka untuk komited dengan syarat pembiayaan. Sekarang AIM meminta para sahabat membuat pembayaran melalui e-pay sejajar dengan perkembangan AIM.

Alhamdulillah


Sunday 14 May 2017

Ku panggil namamu -4

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online : Masayu Ahmad

Teks : Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman

15.5.2017

Bab 3

          Rumah keluarga yang dibina sejak seratus tahun dahulu masih tegap berdiri. Dari jauh kelihatan seperti sebuah istana zaman dahulu. Kayu yang digunakan memang berkualiti tinggi. Rumah itu juga dijaga dengan sempurna sekali.

          Seorang perempuan tua berdiri di tepi tingkap memandang keluar laman. Matanya memerhatikan beberapa orang pekerja sedang sibuk mengemas kawasan taman di sekeliling rumah. Suasana tempat iti nyaman sekali kerana terletak di atas bukit. Perkampungan di sekitarnya juga aman damai. Angin sejuk bertiup lembut membelai pipi tua wanita bangsawan ini. Perlahan-lahan senyuman mengukir wajahnya. Pandangannya tertumpu kepada sebuah kereta yang meluncur memasuki kawasan rumah.

          Perlahan-lahan dia melangkah ke arah pintu besar. Menunggu pemilik kenderaan keluar dari perut keretanya.

          "Apa khabar nenda?" tegur cucu lelakinya dengan penuh sopan. Dia menghulurkan tangan bersalaman.

     "Kamu sendiri bagaimana? Adik-adik tak ikut sama?" balas Nenda Fauziah dengan mesra. Dia membiarkan tangannya dikucup.

          "Masing-masing sibuk dengan tugasan. Mari kita masuk dulu, nenda. Angin luar ni sejuk," dipimpinnya Nenda Fauziah ke dalam.

          "Tapi nenda suka suasana begini. Nyaman aje. Ada apa-apa berita tentang Ira? Nenda rindu sangat dengan adik sepupu kamu tu," mata kusamnya merenung wajah cucu sulung mohon berita.

          "Dia kan masih belajar. Belum musim cuti lagi, nenda. Lagipun adik Ira suka bekerja sambil belajar di sana. Nak kutip pengalaman hidup katanya."

          "Sibuk sangat sampai nak telefon nenda pun tak sempat? Kamu beritahu dia balik sini. Cukup-cukuplah duduk kat negara orang. Dia tak rindu nenda ke? Sejak kematian orang tuanya Ira semakin jauh dari kita. Walhal dialah satu-satunya pewaris Pak Long kamu." Sayu suara Nenda Fauziah berharap.

          "In shaa Allah nenda. Nenda dah makan? Saya laparlah," Danial menukar topik. Dia tidak mahu nendanya bersedih terus terusan.

          "Em... kamu ni selalu aje lapar bila balik ke sini. Tempat kerja kamu tak sediakan makanan ke?" Ujar Nenda Fauziah ceria semula.

          Danial hanya ketawa mendengar usikan nenda.

Sambungan Bab 4 kemudian ye...

Ku panggil namamu - 3

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks : Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman

15.5.2017

Sambung Bab 2

          Resort yang diberi nama Pangkor Resort Water Village itu dibelakangi oleh hutan asli, dilambai dengan pelepah kelapa serta pohon-pohon hijau menjadikan suasana di situ begitu nyaman dan menyegarkan.

          Mereka berjalan menyusuri pohon-pohon rendang dan batu konkrit yang ditanam sepanjang jalan ke kuarters pekerja di sebelah kiri rumah lobi. Sebelum tiba kuaters, mereka terpaksa berjalan berhampiran dengan dapur. Beberapa tukang masak sedang sibuk menyiang dan memotong bahan-bahan untuk menu hari ini. Farhan memegang tangan Surieaty lalu menariknya agar cepat berjalan. Rumah kuarters yang disebut-sebut itu merupakan sebuah rumah panjang.

          "Kami sudah pilih bilik. Hanya di hujung sana sahaja yang tinggal untuk kau. Syaz ambil bilik bersebelahan agar senang fia bertamu di bilik kau. Nah, ini kunci. Berehatlah dulu. Aku kena pergi mesyuarat," Farhan menepuk bahu Surieaty yang asyik memeriksa keadaan sekeliling.

          "Kuarters lelaki di mana?"

          "Jangan risau. Mereka jauh dari kita. Kat seberang sana," Farhan menunjukkan jari ke arah kanan. "Aku pergi dulu. Dah lambat sangat ni."

          Surieaty hanya memerhatikan Farhan berlalu. Dia melihat rumah panjang dengan lebih teliti.

          Walaupun dibina memanjang setiap bilik dipisahkan dengan pagar kayu. Setiap bilik mempunyai balkoni sendiri. Punyai privasi. Dia masuk ke dalam. Suasana bilik gelap dan berbau hapak. Surieaty segera menekan suis lampu dan kipas di sebelah pintu.

          Tingkap bilik betupa tingkap jenis kayi ala kampung segera dibuka. Langsir dari kain tebal diselak ke tepi. Kain chiffon putih yang disangkut di sebelah luar melayang-layang lembut ditiup angin yang menerpa masuk. Surieaty meninjau pemandangan di luar. Biliknya membelakangi kawasan hutan, bauan segar dedaunan menusuk ke lubang hidungnya. Dia menyedut dalam-dalam menikmati kesegaran udara. Dadanya berasa agak segar sedikit.

Sedutan Bab 3 menanti...

Alhamdulillah



   

Ku panggil namamu 2

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks: Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman

14.5.2017

Bab 2

          Setelah seminggu menghabiskan masa di kampung Dida, Surieaty mulai mengemas barangannya untuk mengikut rakan-rakan yang lain ke Pangkor.
          "Kau ni tak penat ke? Baru balik dari Kuala Kangsar dah nak ke Pangkor pula. Rehat-rehatlah dulu. Tak lari kawan-kawan kamu yang lain tu," pujuk Cikgu Nafisah yang masih memerhatikan anak angkatnya mengemas.
          Surieaty berhenti mengemas. Dia duduk di tepi katil dan memandang wajah khuatir Cikgu Nafisah.
          "Rhea dah berjanji, mama. Nanti kalau lambat apa pula kata mereka. Kawan Rhea tu memerlukan pertolongan Rhea. Kesian pula kalau tak dibantu sedangkan Rhea boleh membuatnya. Lagipun kan dah jadi tanggungjawab sesama manusia intuk membantu jika ada sahabat yang dalam kesulitan. Kalau boleh Rhea nak jadi seorang muslim yang boleh memberi manfaat kepada manusia yang lain," ujar Surieaty panjang lebar.
          Cikgu Nafisah mengangguk. "Mama faham niat Rhea. Cuma mama kesian tengok Rhea terkejar-kejar kesuntukan masa. Memanglah setiap janji mesti ditunaikan tapi janganlah sampai merana badan," Cikgu Nafisah membayangkan kebimbangannya.
          Surieaty tersenyum lalu mengangguk. Kata-kata ibu angkatnya itu memang tidak boleh disangkal. "Rhea masih mampu. Anak mama ni kan kuat dan sihat. Tiap-tiap hari makan vitamon tambahan, usahlah mama risau," Surieaty memeluk Cikgu Nafisah.
          "Ni ada sedikit bekalan. Cucur bawang aje. Kalau tak berhenti pun kau boleh kongsi makan dengan orang yang duduk kat sebelah kau nanti," Dida menghulurkan sebungkus bekas plastik.
          "Terima kasih banyak-banyak. Syukurlah ada kakak angkat yang selalu ambil berat pasal makan minum Rhea."
          "Jangan tak makan pula. Penat aku gorengkan tadi," balas Dida pura-pura marah.
          Surieaty tersenyum simpul. "Okeylah Rhea pergi dulu. Takut lambat pula nak naik feri ke Pangkor."

Sebahagian dari Bab 2

Ku panggil namamu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online : Masayu Ahmad

Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

14.5.2017

Bab 1

          Hari minggu ini, seperti hari-hari biasa, desah air terjun di Lata Cetuk yang dingin dan nyaman bersiap sedia menyambut kedatangan sekumpulan sahabat baik. Sambutan yang sama yang pasti akan diberikan kepada setiap pengunjungnya. Kicauan pelbagai spesis burung dan lambaian lemah longlai pucuk daunan rimba mengundang segugus kedamaian. Apa sahaja yang berserabut di kepala sepanjang minggu itu pasti akan segera terasa terhalau jauh, dalam seketika waktu sahaja pula tu.
        "Cantiknya pemandangan kat sini. Sungguh hijau daun-daunnya. Tengok tu burung kelicap atas pokok tu, menari-nari macam suka tengok kedatangab kita. Jeles juga tengoj betapa bebasnya sang burung tanpa ada masalah hidup," ucap Shazwani yang sudahpun bermain air di gigi batu. Matanya tertancap kepada seekor burung yang sesekali terbang rendah dan sesekali menenggek di hujung dahan berdekatan. Kaki seluarnya disingsing tinggi hingga menampakkan sehelai seluar getah panjang berwarna hitam yang sedia terpakai.
          "Hati-hati Shaz, awak tu berdarah manis. Jangan terlampau leka memandang burung kat atas tu. Nanti terjatuh dalam air. Aku taulah yang kau suka sangat bermain air," tegur Farhan yang berdiri memerhati dari batu besar berhampiran. Dia sibuk mencari tempat yang sesuai untuk dudk di celah-celah beg yang telah tersusun selari.
          Noraza yang baru sampai di sisi, menguis Farhan di lengab. Terkejut si Farhan buat seketika. Dia hanya menunjukkan ke arah beberapa beg plastik yang berdekatan.
          "Mana beg makanan tadi? Naik mengah aku mendaki jalan ni. Botol air mana?" tercungap-cungap Noraza sambil menolak-nolak beg plastik yang mengisi bekalan mereka. Kepalanya sengaja dipanjang-panjangkan mencari botol air.
          "Ambil aku punya. Kamu ni Aza, tak boleh jalan jauh sikit. Asyik merungut dari tadi," Afidah yang sudah berdiri di sisi Noraza, menghulurkan botol mineral.
          Cepat-cepat Noraza menyambar botol air lalu meneguknya dengan rakus. Beberapa teguk air masuk ke kerongkong keringnya dengan laju.

Sebahagian dari bab 1...

Alhamdulillah

Novel - watak

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

14.5.2017

     Watak dan Perwatakan

     Kali ini kita bincangkan mengenai watak yang diwujudkan di dalam sesebuah novel. Watak adalah penting sebagai seseorang yang menjadi pelaku baik manusia mahupun makhluk lain dalam sebuah novel. Wataklah yang mengembangkan tema dan persoalan serta plot melalui aksi, tindakan, dialog dan konflik.

     Perwatakan boleh dijelaskan melalui ciri lahiriah seperti bentuk, paras rupa dan tingkah laku. Ia juga boleh berupa jasmaniah yang berkaitan dengan perasaan sikap dan pemikiran.

     Terdapat 3 jenis watak:
     1. Protagonis iaitu watak utama atau watak baik
     2. Antagonis ialah watak yang melawan watak baik.
     3. Tritagonis adalah watak penengah atau watak sampingan

     Cipta watak yang unik yang boleh membuat pembaca resah sehingga dapat memancing pembaca terus melekat hingga habis sebuah novel itu.

Alhamdulillah

Novel - Tema

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

14.5.2017

     Ada beberapa perkara mengenai penulisan yang perlu diketahui oleh mereka yang ingin memulakan kerjaya sebagai seorang penulis novel.

     1. Menentukan tema atau idea novel

         Mari kita sama-sama membincangkan apa yang dikatakan 'tema' dan 'idea'. Tema adalah konsep atau mesej yang hendak disampaikan dalam membuat suatu penulisan. Tema ni mendasari karangan yang akan disusun. Ia akan menentukan arah penulisan atau tujuan karangan ditulis. Menentukan tema bererti menentukan apa masalah yang akan dihuraikan oleh kita sebagai penulis. Kita perlu tahu atau mengenal pasti masalah yang dihadapi dan bagaimana menyelesaikannya. Ini bermakna kita perlu berusaha mencari data melalui penelitian, wawancara, membaca dan sebagainya sehungga pengetahuan masalah itu bertambah dalam.

     Setelah mendapat tema yang dikehendaki, bagaimana pula cara untuk mencari idea? Apa sebenarnya idea itu? Idea adalah benih buku, serumpun buah fikiran atau gambaran umum tentang cerita yang ingin ditulis. Idea juga boleh muncul di dalam benak tanpa mengora waktu dan tempat. Idea sering melintas dengan cepat dan kemudian hilang. Penting untuk kita membawa buku catatan. Catatan idea harus dilakukan dengan baik supaya ia dapat diperhalusi, difikir-fikirkan sehingga menjadi jelas. Salah satu cara mendapatkan idea adalah dengan gemar membaca. Baca apa-apa jenis buku. Ini dapat membantu kita memperkayakan idea dengan mempelajari idea orang lain, meningkatkan pengetahuan dan pengalaman.

     Tema yang kuat membantu penulisan menjadi kukuh yang layak dibukukan. Tema mendorong penulisan kita menuju kepada satu mesej sahaja.

Alhamdulillah

Friday 12 May 2017

Penulisan novel kreatif

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

12.5.2017

     Apa tu novel? Novel adalah sebuah buku yang bercerita. Ia bercerita tentang pengalaman hidup, kenangan suka duka, perasaan, pengetahuan, fantasi dan sebagainya.

     Siapa penulis? Seorang penulis itu menulis untuk menyampaikan sesuatu atau berkongsi sesuatu dengan orang lain. Kita menulis berdasarkan bayangan fikiran dan berharap pembaca dapat menerima bayangan yang hendak kita luahkan. Sekiranya pembaca dapat menerimanya bermakna kita sudah berjaya menyampaikan maksud kita. Dengan kata lain kita sedang membentuk satu perkongsian minda dan jiwa dengan pembaca.

     Proses menulis ini tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa. Ia memerlukan penghayatan dan konsentrasi yang dalam. Perlu lakukan dengan perlahan dan tertib. Buat rangka cerita dari awal hingga akhir. Kemudian baca. Jika kita mampu menghiburkan diri dengan tulisan sendiri, boleh kita anggap kita juga telah menghiburkan pembaca kita. Perlu diingat tulislah dengan penuh keyakinan, dengan seluruh jiwa dan raga. Barulah kita dapat melahirkan karya yang berkesan.

     Cuba berkomunikasi dengan pembaca. Berikan unsur-unsur yang boleh menghiburkan. Lucu, nakal, bijaksana dalam bahas-bincang sesuatu konflik. Izinkan pembaca membaca karya kita secara berhubungan dengan minda kita melalui karya. Izinkan diri kita 'masuk' ke dalam jiwa atau roh pembaca. Biar mereka alami apa yang kita alami, melihat apa yang kita lihat, merasai gelojak perasaan saat kita sedih, cemas, takut dan gembira.

     Sekiranya kita berjaya mengalirkan emosi antara kita dan pembaca pasti karya kita telah berjaya. Bagaimana cara hendak berhubungan emosi? Bebaskan perasaan serta emosi ketika menulis. Jika marah biar benar-benar marah. Jika sedih biar sampai menangis. Itulah proses sebuah penulisan kreatif.

     Hendak tips? Nanti kita sambung...

Alhamdulillah

Usahawan bedak sejuk beras titik

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

12.5.2017

     Akak memulakan perniagaan bedak sejuk beras titik ini semenjak tahun 2008. Ia berlaku apabila suami mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan berpindah semula ke Ipoh. Mak mertua bersetuju untuk mengajar cara-cara membuat bedak sejuk. Dari situ kami tidak berhenti membuatnya, Alhamdulillah.

     Pada awal perniagaan jualan hanya di sekitar kampung. Kami membuat keputusan untuk membina blog dan facebook. Kami belajar cara-cara mempromosi produk dari Jutawan Internet - Irfan Khairi. Dari situ jumlah pelanggan bertambah. Alhamdulillah apa yang dipraktikkan berkesan.

     Sekarang perniagaan, In shaa Allah masih berjalan lancar. Dari menjual mengikut jumlah botol sekarang sudah ada yang membeli secara borong. Memang penat menitik bedak tetapi berbaloi. Kami menitik bedak mengikut kemahuan pelanggan. Ini bermakna bedak kami sentiasa baru dititik.
     Antara senarai produk bedak sejuk yang kami usahakan.

     Penghantaran menjadi lambat sekiranya cuaca hujan atau mendung. Ini bermakna cuaca juga memainkan peranan yang penting dalam perniagaan bedak sejuk ini. Jika bedak tidak betul-betul kering, ia akan bercendawan nanti. In shaa Allah setakat ini tiada pelanggan yang bersungut.

     Kami juga menyediakan produk door gift.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan bedak kami dalam bentuk botol pun boleh.

Boleh saja hubungi kami sekiranya berminat. Juga boleh lawati kami di blog niaga untuk melihat produk kami di http://diari-alya2.blogspot.com

Alhamdulillah

Novel sulung

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

12.5.2017

     Semasa tinggal di Pulau Pinang, akak sempat berkenalan dengan penulis prolifik Alaf 21. Kebetulan beliau berjiran dengan akak. Rumah kami bertentangan pintu tapi agak jauh kerana dihalang dengan jalanraya. Beliau menggalakan supaya cuba menghantar manuskrip ke syarikat penerbitan. Beliau juga meminjamkan beberapa buah novel agar dapat menyesuaikan diri dengan gaya penulisan syarikat penerbitan. Akak amat berterima kasih kepada Eka Fahara yang telah mencabar akak. Dia juga yang memperkenalkan akak dengan Ebriza Aminudin. Alhamdulillah, Allah pertemukan kami bertiga.

     Manuskrip memang dah lama tersimpan. Hanya tiada keberanian dan pengetahuan bagaimana hendak meneruskan minat untuk menjadi penulis novel. Galakan dan motivasi yang diberi oleh kedua-dua penulis ini membuatkan akak memberanikan diri. Syarikat pertama yang dipilih sudah semestinya Alaf 21.

     Akak ini jenis orang yang tidak sabar. Setelah agak sebulan tiada jawapan dari Alaf 21 akak memberanikan diri menelefon Editor. Beliau memberitahu yang manuskrip akak punya cerita yang menarik tetapi perlu menunggu giliran untuk disunting. Seperti diberitahukan tadi akak tidak sanggup menunggu lama. Akak mohon agar dikembalikan manuskrip. Sekali lagi diperamkan di rumah...

     Sekembali menetap di Ipoh, Allah pertemukan akak dengan penerbit SJ Creative. Akak hulurkan semula manuskrip untuk dinilai. Alhamdulillah 2016 "Ku Pendam Memori Luka" dibukukan dan dipasarkan.

Alhamdulillah

Thursday 11 May 2017

Melengah-lengah masa

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

11.5.2017

     Tajuk di atas memang sangat-sangat terkena di batang hidung sendiri. Melengah masa bukanlah kehendak diri sebenarnya. Dalam fikiran tugasan untuk melakukannya memang sudah di rancang. Alasan yang sering diberi: sekejap lagi;  letih; malam nanti sambil nonton rancangan tv akan buat. Tetapi bila sampai waktu kerja masih belum selesai. Kemudian baru menyesal.

     'Keadaan melengah-lengah masa ini sebenarnya membunuh motivasi kita tanpa disedari. Masa adalah komoditi yang amat berharga pada zaman ini. Seringkali dilihat, mereka yang berjaya adalah mereka yang agak berumur. Ini kerana masa telah memainkan peranan dalam mengumpul kejayaan.' - Irfan Khairi

     Apa yang dikatakan oleh Irfan Khairi memang benar belaka. Orang yang hendak berjaya tidak menunggu masa. Malah mereka boleh mengadakan masa 25 jam sehari untuk diri mereka. Macamana tu? In shaa Allah orang yang kuat bekerja akan mendapat ganjaran dari Allah swt. Bukankah bekerja itu juga satu ibadah?

     Bagaimana rahsia mencapai kejayaan pada usia muda? Jawapannya adalah pengurusan masa yang bijak. Di sini ada 3 tip:
1.  Menetap matlamat jangka pendek
     - tulis apa yang hendak dilakukan pada hari ini... esok... minggu ini.
     - aksi penulisan ini akan memasuki minda separuh sedar dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan tugasan.

2. Tuliskan matlamat kita pada malam sebelumnya
     - rancangkan apa yang akan dilakukan esok di minda. Ini akan membuatkan kerja lebih mudah.

3. Fikirkan kesengsaraan atau berita buruk
     - renungkan apa yang akan berlakukan sekiranya kerja kita tidak dapat dilaksanakan.
     - keadaan emosi yang tertekan akan mengelak kesengsaraan. Ini menaikan motivasi untuk lebih kuat bekerja dengan lebih cekap.

          It's NOW or NEVER

Alhamdulillah





Wednesday 10 May 2017

Dimana hendak mempelajarinya?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

11.5.2017

     Pertama kali membaca novel yang tebal adalah pada usia 12 tahun. Akk tidak berapa ingat di mana tetapi di situlah akak duduk membaca "Hikayat Seribu Satu Malam" dan "Salina". Akak begitu tekun membacanya. Hikayat seribu satu malam membawa kita ke alam padang pasir. Begitu mengasyikan.

     Novel Salina mengejutkan. Cara bahasa yang digunakan tidak pernah dibaca di mana-mana buku. Ayat-ayat kesat yang ditulis tidak pernah ada di dalam kotak minda waktu itu. Sangat-sangat mengejutkan. Mungkin begitu cara pertuturan orang-orang di zaman itu dan di persekitaran begitu. Dari novel itu kita boleh dapat gambaran situasi semasa dan selepas perang. Bagaimana mereka hendak survive di kala itu.

     "Hikayat Hang Tuah" memang agak sukar dihadam. Bahasa yang digunakan merupakan bahasa lama. Walaupun banyak yang tidak difahami tetapi secara kasar ianya indah. Tabik pada penulis-penulis yang boleh menulis sebegitu. Akak pernah membacanya di blog. Memang bukan genre akak. Maaf.

     Buku-buku di atas merupakan penarik untuk mencuba menulis. Akak pernah disarankan untuk membaca buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sekiranya inginkan tatabahasa dan kosa kata yang baik. Namun sehingga sekarang akak tidak mampu mencapai tahap penulis-penulis dari DBP. Memang akak hormat pada mereka.

Alhamdulillah

Minat baru dipupuk

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

11.5.2017

     Sama seperti kebanyakan penulis di negara kita, minat untuk menulis timbul sejak sekolah. Klise, kan? Tetapi itulah kenyataannya. Di sekolah kita diperkenalkan dengan Bahasa Malaysia. Kita diminta untuk menulis karangan. Kita diajar menulis dengan baik. Di sekolah juga kita diperkenalkan dengan perpustakaan atau penggunaan bahasa sekarang pusat sumber.

     Semasa di sekolah kami diwajinkan meminjam sebuah buku seminggu. Ini semua dilakukan untuk memupuk semangat membaca di kalangan pelajar. Di perpustakaan inilah saya diperkenalkan dengan penulis kegemaran ramai 'Enid Blyton'. Cara penulisan beliau akan membawa si pembaca bersama-sama mengembara dalam alam fantasi beliau.

     Apabila usia meningkat remaja, buku-buku pilihan bukan lagi seperti di atas. Akak banyak meminjam buku yang berkisar alam persekolahan berasrama penuh. Hati bergelonjak untuk merasai pengalaman tinggal di asrama. Sehingga menimbulkan minat untuk mencuba menulis kisah seperti itu walaupun tiada pengalaman sebenar.

     Mesin taip abah menjadi mangsa. Mak selalu marah-marah kerana bunyi bising ketukan mesin. Bagi akak bunyi tersebut seperti musik di telinga saya. Waktu menulis tidak mengira. Kadang-kadang tengah memasak akak akan berlari ke bilik untuk mencatat idea yang datang. Mak sudah tidak larat menghalang minat saya. Kasihan mak. Ikan di kuali hampir-hampir kehitaman jika mak tak angkat. Haha...

     Jika habis satu cerita kawan-kawan pula yang dijadikan mangsa mengkritik. Akak akan pastikan mereka membacanya sehingga habis dan menunggu tindakbalas mereka. Pastinya akak dapat sambutan positif sebab mereka terpaksa memberitahu pendapat mereka secara berdepan... hehe. Kritik yang paling bermakna apabila mereka menulis di belakang buku. Itu yang ikhlas. Terima kasih para sahabat. Tanpa kalian tiadalah keberanian untuk menghantar manuskrip "Ku Pendam Memori Luka".

Alhamdulillah

Pengalaman berniaga offline

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

10.5.2017

     Sebelum menceburkan diri dalam perniagaan online, akak membuat kuih muih. Awal pagi setiap hari akan hantar seri muka ke kedai sahabat yang berjualan di tepi jalan. Roti hotdog pula akan dihantar ke kantin sekolah. Memang memenatkan tapi untuk menambah pendapatan keluarga terpaksa diteruskan juga. Jualan tak seberapa. Akhirnya kami membuat keputusan untuk membuat kuih sejukbeku.

     Walaupun kuih sejukbeku ini telah banyak dipasaran namun kami cuba juga. Kuih-kuih dihantar ke kedai-kedai runcit yang mempunyai freezer sahaja. Setelah beberapa bulan perniagaan ini berjalan, kedai yang mengambil produk kami tutup. Akak berpendapat cabang masakan bukanlah kemahiran akak.

     Secara tidak sengaja seseorang mulai bertanya tentang barangan kait. Ianya berlaku bila anak menggunakan beg sandang yang dikait ke sekolah. Bermulalah perniagaan barangan kait seperti beg sandang bercorak, beg sandang bernama, klip rambut, brooch, dan lain-lain. Waktu itu memang agak sibuk dan keseronokan mengait melonjak naik. Mulalah browsing youtube untuk mencari produk lain.

Alhamdulillah

 

Tuesday 9 May 2017

Crochet

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

10.5.17

     Selepas mempelajari cara-cara menjahit cross-stitch dengan betul (bahagian belakang pun sudah nampak kemas... hehe) keinginan untuk belajar crochet pula mulai menggaru-garu hati. Mata hanya memandang gerakan tangan Mak. Mak memang menyedari minat yang ditunjukkan.

     Mak ajar perlahan-lahan. Mula-mula cara memegang jarum. Kekok rasanya. Mak kata cuba pegang seperti pegang pen. Tangan satu lagi memegang benang kait. Terkial-kial memutarkan jarum pada benang. Kadang-kadang ketawa sendiri sebab jahitan jadi longgar dan benang bersimpul.

     Mak tak ajar cara membaca paten. Mak tak ajar nama-nama jahitan. Mak hanya suruh mengira berapa kali perlu dikait, dimana perlu dimasukkan jarum. Memang agak sukar sebab kadang-kadang terlupa. Sudah berapa ya? Terpaksa kira semula atau buka semula kaitan. Bila sudah berhenti perlu lihat semula di mana ditinggalkan. Tidak mengikut peraturan mengait langsung.

     Sehingga sekarang masih tidak tahu membaca paten. Ada simbol yang difahami tapi bila nak mula mengait, jadi keliru. Macamana nak belajar mengait beg sandang, topi, key chain, buah-buahan dan bunga jika tidak tahu membaca paten? Belajar dari youtube. Itu saja yang mampu dibuat. Perhati cara mereka melakukannya dan tulis paten mengikut kefahaman sendiri. Alhamdulillah, berkat usaha ada yang memesan secara offline dan online.

Alhamdulillah

Zaman kanak-kanak

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks: Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

10.5.2017

     Semasa zaman kanak-kanak, kerja-kerja tangan amat diminati. Mak adalah orang yang memperkenalkan kraf tangan ni. Mak pun dulu suka crochet. Banyak selendang yang mak buat. Macam-macam warna dan corak. Mak belajar di kelas KEMAS.

     Dulu lebih meminati seni cross-stitch. Mak akan sediakan bahan-bahan untuk menjahit seperti kain, benang, jarum dan gambar yang hendak dijahit. Mula-mula memang kekok. Belakang kain, berserabut. Bila sudah satu projek, mak akan bingkaikan dan gantungkan di ruang tamu. Betapa bangganya perasaan bila mak sering menyebut-nyebut hasul tangan pada sesiapa yang bertanya.

     Minat pada cross-stitch mula bercambah. Dari membeli gambar di kedai, mula bercadang untuk membuatnya sendiri. Pening juga kepala memikirkan cara untuk membuatnya. Alhamdulillah, Allah lintaskan ilham agar mengumpul gambar dari kalendar. Menyurih gambar ke kertas graf memang merumitkan. Setiap sudut perlu dibaiki agar bertetapan dengan kehendak cross-stitch yang bersegi itu. Jika kita buat sendiri, kita boleh menukar warna mengikut kesukaan kita berkali-kali. Hasilnya memang memuaskan...

Alhamdulillah

Tugasan pertama

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad

Teks : Noraziah Othman
Karya : Noraziah Othman

9.5.2017

     Sejujurnya akak buntu. Bila kita berada dalam situasi begini semua kerja menjadi susah. Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan.

     Akak terbaca di dalam salah satu entri Cikgu Masayu (pengasas abdr). Cikgu memberi jawapan agar menulis apa-apa sahaja.

     Siang tadi sempat menonton rancangan kegemaran. Walaupun itu merupakan rancangan ulangan namun ia tetap mengasyikan.

   Rancangan itu adalah 'House Paradise'. Rancangan ini menyiarkan susunatur rumah penghuni Jepun yang berkeluarga kecil. Rumah yang terpilih bukanlah dari keluasan yang besar. Tetapi cukup selesa untuk rumah berkeluarga kecil ini.

     Apa yang menariknya adalah cara arkitek mereka susunatur bilik. Bilik-biliknya tersusun dengan teratur mengikut kemahuan penghuni. Memang kemas, mudah dan moden. Walaupun menggunakan peralatan moden, mereka masih mengekalkan gaya tradisional mereka.

     Alhamdulillah


Siapa saya

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Mentor online: Masayu Ahmad
9.5.2017
Teks : Noraziah Othman
Karya: Noraziah Othman

     Saya berasal dari Perak atau lebih tepat dari Ipoh.
   
     Bersekolah rendah dan menengah di sekolah yang sama iaitu Methodist Girls School (MGS). Kawasan sekolahnya besar. Sebab itu boleh diadakan sekolah rendah di bahagian belakang dan sekolah menengah di bahagian hadapan. Sekolah ini berkongsi kantin dan padang. Mempunyai dua sesi iaitu pagi dan petang.
   
     Selepas tamat sekolah, saya melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara cawangan Perak. Sekarang dikenali dengan nama Universiti institut Teknologi Mara (UiTM). Syukur alhamdulillah saya tamat belajar dengan memperolehi Diploma in Business Studies.

     Selepas suami bersara dari sebuah syarikat swasta, kami menjalankan perniagaan bedak sejuk beras titik. Kami mendaftar Nuralya Enterprise bagi memudahkan perjalanan perniagaan kami. Sekiranya ada yang berminat boleh hubungi kami di 011 12902535 atau 017 4304874.

     Alhamdulillah
   



Entri 44 saya

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wbt Mentor online: Masayu Ahmad Karya: Noraziah Othman 16/11/2017 Alhamdulillah syukur ke h...